KAWAN@2

KAWAN@2

Thursday, May 31, 2012

MAJLIS PENUTUPAN KOR UNTUK SESI NOVEMBER - MARCH 2011 / 2012

Majlis penutupan KOR untuk sesi November - March 2011/2012 sidang kali ini komander UiTM SARAWAK telah melakukan Formasi Kawad Senyap pada petang itu yang bertarikh 29 Febuari 2012 di padang kawad UiTM Sarawak yg telah disertai oleh 40 org komander kesatria. 

BARISAN KOMANDER UiTM SARAWAK YANG MELAKUKAN FORMASI KAWAD SENYAP.
TERDIRI DARIPADA KOMANDER SIRI 18, 19 DAN 20 YANG TELAH JAYANYA MELAKUKAN FORMASI KAWAD SENYAP WALAUPUN LATIHAN HANYA 3 HARI DARI PUKUL 10 MALAM - 3 PAGI


formasi pertama






formasi kedua "jelapang padi"



formasi ketiga "simbol NAZI"

formasi keempat "Wings"

PERSEMBAHAN TTS dari PART 2

Aiman Fahmi bersemangat 

Persembahan dari Brass Band UiTM SARAWAK

JPAM UiTM SARAWAK

Ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Rektor UiTM SARAWAK


BARISAN KOMANDER MADYA UiTM SARAWAK
DARI KIRI : KMDy Hirma , KMDy Nazrul , KMDy Syazmi


Komander Senior n Junior
Dari kiri : Faeez Izdihar, Amirel Arsyan, Nazrul Akma, Ahmad Rizuwan dan Ahmad Nurmorel


Wajah-wajah Jurulatih Komander UiTM SARAWAK
Dari kiri : Nurmorel, Cikgu Juan (Jurulatih Komander), Syazmi, Cikgu Remy(Jurulatih Komander), Harris dan fatimah

keluarga PAK CIK ELAK! KOMANDER UiTM SARAWAK

sekian untuk ini dari saya komander @Amirel@

Friday, November 18, 2011


COMMANDERS @ 20!
COMMANDERS JAMBOREE KE - 7

 this are the faces home of future leaders..insha-Allah..Commanders batch 20...

dari kiri ke kanan : KRM HAZIM..KRM IZDIHAR..KRM RIZUWAN..KRM AMIREL...
wah2..dh jd komander nampak..alhamdulillah setelah menempuhi pelbagai cabaran akhirnya berjaya juga..:)..

Commanders SARAWAK(SRS) N SABAH(2nd Battalion)..together from borneo..sweet memories after Obstacles running courses at negeri sembilan..
 WE ARE the LEGENDS COMMANDERS
 CIkgu Remy ishak!.hehe..promotion beg semasa di LCCT..haha..Carik tambang tiket utk pulang..(guro jak).
cikgu yang sporting..terima kasih cikgu kerana sanggup bersama kami semua :)..

 The faces of Terrorists in UiTM kuala pilah, Negeri Sembilan..
Kerja Khidmat Komander di kuala pilah negeri sembilan..paling enjoy lah time ini..macam2 dibuat..apa2 saja boleh..janji berkhidmat..hehe. :)..

Alhamdulillah..semua komanders yang pergi ke negeri sembilan utk jambori ke 7 ini penuh dengan semangat juang yang tinggi walaupun semasa jambori dan training ada yang sakit..tetapi oleh sebab semangat sepasukan yang tinggi maka kita maju kehadapan dan tempuhi segala cabaran dengan penuh bersemangat dan tidak pernah putus asa :)..TAHNIAH!

semasa libk juga kita bermulalah saat detik2 utk mengenali antara org lain dan menerima keluarga baru dikalangan kita sendiri..bermacam2 hidangan telah 4 org instructor hidangkn kepda kami semasa libk..terbaik..hehe..hidangan itu mengajr kami siri 20 menjd satu keluarga..
ok..samapi sinilah..just opinion jak dari aktiviti dalam masa 1 bulan yang lepas di uitm bermula 10 oktober - 2 november 2011.. Assalammualaikum..tq kerana visit blog Ramli a.k.a Amirel

Sunday, May 22, 2011

kucing yang baik lagi sehat lagi suka bergurau lagi hairan apa sal tapak bulu tu sama style(baju) bulu dengan dirinya????

Aie..cmne tok???CONFUSE!!!
eehhh..lupak ada org view gambar tok duhal
hai..nama saya ALVIN

PEMBUNUH YANG TELAH BERTAUBAT

Salam...
macam tok kisahnya

Alkisah..
ok..baru mula..

Al_kisah..seorang hamba Allah ini dia telah membunuh 100 orang semasa dia hidup. dia amatlah kejam di mata orang kerana telah membunuh ramai orang tetapi hatinya siapakah yang tahu ??jawapanya ALLAH SWT yang tahu.ALLAH MAHA MENGETAHUI..hamba Allah ini telah pergi ke suatu tempat.

pembunuh(nur) : kau tahu tak mana ada tempat orang alim di dunia ini???

hamba Allah : ada..kau pergi ke sana ada seorang ustaz alim di sana..

....maka pergi lah pembunuh(nur) itu ke tempat tersebut untuk berjumpa dengan ustaz itu..

pembunuh(nur) : Assalammualaikum...

ustaz 1 : waalaikummusalam.apa blh saya bantu encik???

pembunuh(nur) : saya ingin menluahkan sesuatu pada ustaz apa yang telah saya lakukan semasa saya hidup    kerana dosa besar.

ustaz 1 : apa itu ya anak????

pembunuh(nur) : saya telah membunuh 99 orang semasa saya masih hidup.tetapi saya ingin bertaubat maka adakah saya punya taubat diterima oleh ALLAH SWT dan adakah saya blh masuk syurga ??

ustaz 1 : ASTAFULLAH'ULAZIM..kamu telah membunuh 99 orang??sedangkan kamu membunuh 1 orang sahaja kamu sudah berdosa besar dan balasannya adalah neraka.

.....maka kemudian Pembunuh(nur) dengan tiba-tibanya berasa marah kerana mendengar penjelasan dari ustaz dan dengan rasa marahnya..pembunuh(nur) itu mengeluarkan pedang.

pembunuh(nur) : CHING CHIAAAKK melancit darahnya.!!!!(keluar pedang dan membunuh ustaz tersebut.maka genaplah 100 org dibunuh oleh dia)
........................................
maka setelah pembunuh itu genap 100 org dibunuhnya dan dia pergi ke suatu tempat untuk mencari seorang  alim dan akhirnya jumpa juga....

pembunuh(nur) : Assalammualaikum..

ustaz 2 : Waalaikummusalam...apa blh saya bantu ya anak ??

pembunuh(nur) : ustaz..saya ingin mengaku sesuatu yang amat kejam yang telah saya lakukan semasa saya hidup.

ustaz 2 : apa dia yang kamu lakukan sangat kejam itu???

pembunuh(nur) : ustaz saya telah membunuh 100 org di dunia ini dan saya ingin bertaubat..adakah taubat saya akan diterima oleh ALLAH SWT kerana sebelum ini saya sangat kejam dan banyak berdosa..

ustaz 2 : hehehehehihihihihi..(tetak ustaz tok..best da jak ustaz tok)..ya anak..dosa kamu itu hanyalah kecil saja. hanya setitik air laut sahaja, tidaklah kejam sangat.. Sedangkan dosa seseorg itu seluas lautan lagi Allah swt mengampuninya kerana bertaubat.ALLAH MAHA PENGASIH.

.......maka setelah mendengar penjelasan dari ustaz itu, hatinya sejuk dan bergembira....

pembunuh(nur) : macam manakah saya hendak membetulkan segala kesilapan yang telah saya lakukan???dan ingin kembali ke pangkal jalan.bimbinglah saya..

ustaz 2 : jika kamu hendak betul2 bertaubat..kamu pergi ke suatu kampung ini yang sangat jauh letaknya.adakah kamu sanggup pergi ke sana???kamu mesti meninggalkan segala kawan2 kamu yang jahat itu dan perbuatan jahat kamu dan pergi berkawan dengan org baik2 dan ahli2 ulama.

pembunuh(nur) : baiklah ustaz.saya akan pergi ke sana.

..........setelah beberapa jam kemudian dlm perjalanan pergi ke sana nyawa pembunuh(nur) tersebut telah ditarik oleh Malaikat IZRAIL (MENINGGAL DUNIA)....

AL-CERITA dalam permilihan tempat SYURGA ATAU NERAKA

malaikat al-azab : nya tok aku pun??(pembunuh)

malaikat al-nikmat : xda-xda..aku pun nya tok(pembunuh)

....maka pertelingkahan berlaku antara malaikat untuk menentukan kemana kah si mati itu pergi????rasa ktk org sini????.....

malaikat dr syurga dan neraka : YA ALLAH...sini tempat pembunuh tok????

..... : mari kita ukur kemanakah tempat yang akan di pergi..???

...setelah di ukur. sejengkal lebihnya ukuran pembunuh(nur) itu ke syurga.sbb apa??pembunuh(nur) ya mk taubat ya nya alu masuk ke syurga.tgk2!!bertapa KASIHNYA ALLAH SWT kepada hambanya walaupun seseorang ya berdosa cmne pun tapi kerana niat ikhlas taubat maka di terima taubat nya..

begitulah ceritanya. kisah seorang pembunuh(nur)..semasa dia hidup dia telah membunuh 100 orang tetapi akhirnya dalam hatinya ALLAH SWT telah hadirkan cahaya keinsafan dlm diri pembunuh(nur) itu. :) dan akhirnya dia mencari jalan untuk bertaubat dan mencari jalan untuk kembali ke pangkal jalan. tetapi pada mulanya dia menemui ustaz 1 dan bertanyakan ttg masalah dia maka ustaz tersebut kurang ilmu menjawab persoalan pembunuh(nur) itu dan akhirnya dibunuh..setelah itu dia mencari ustaz 2 untuk menyelesaikan msalahnya.maka oleh kerana ustaz itu mempunyai ilmu maka dia menjelaskan segala persoalan pembunuh(nur) itu.ahkirnya dia bertaubat tetapi setelah dia bertaubat malaikat izrail telah di suruh untuk mencabut nyawa nya.oleh itu bertaubat lah segera sementara kita masih hidup. :) :)..

Wednesday, May 18, 2011

PROGRAM BERSAMA PERYATIM KUCHING SARAWAK

Assalammualaikum...terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-NYA program "KEPIMPINAN REMAJA ISLAM" bersama anak-anak yatim yang berumur 13 hingga 15 tahun. Alhamdulillah akhirnya program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Program ini telah dirancangkan 2 minggu sebelum tarikh program dilakukan iaitu selepas program 3R (rawon rilek riadah).

kumpulan Ular sedang menyelesaikan satu aktiviti LDK "paku ajaib"

 kumpulan kucing

 saudara Fathrullah sedang berkongsi cerita bersama adik-adik peryatim(kumpulan Rimo)

 saudara Amirel sedang memerhati aktiviti LDK sedang di jalankan iaitu "paku ajaib"(kumpulan Ular)


Saudara Sharbaruddin dan saudara Asraf (kumpulan kucing)

beginilah situasi semasa LDK dijalankan

saudari Nur Syahirah bersama adik-adik peryatim (kumpulan Lebah)

 saudara Hiqmal dan Saudari Nur Zalikha bersama adik-adiknya

 saudara amirel sedang gelak ketawa bersama kumpulan Ular

 muka-muka ahli perkepis..Yg Dipertua Perkepis Saudara Khairul Anwar Shazali yang sedap berehat depan pintu

 saudara Aiman Fahmi bersama kumpulan Kuda

 Big Bos Saudara Ahmad Syahmeer sedang menjadi model :D

janganlah jadi seperti kertas ini yang terbiar begitu saja selepas digunakan, sebaliknya jadilah seperti pen dan kertas yang digunakan bersama untuk mengukirkan sesuatu yang boleh membawa manfaat kepada diri kita walaupun setelah digunakan banyak kali tetapi tetap membawa manfaat setiap waktu :)insyaAllah :).

Alhamdulillah..selesainya program bersama anak-anak yatim di pusat kebajikan anak-anak yatim laila taib, kuching , sarawak yang bertarikh 14 mei 2011 (sabtu) dari pukul 7.30 hingga ke selesai solat zohor berjemaah. program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak. Ahli-ahli fasi terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM 2011.

"BERJASA KEPADA MASYARAKAT"

Sekian,
Wassalam..

Tidak HINA bagi orang yang bersikap merendah diri


Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama.  Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji).  Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, akan menjadi penghalang kepada syurga.  Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong.”
Firman Allah di dalam surah al-ghafir, ayat 60:
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina.”
Sifat sombong atau takabur ini boleh di bagikan kepada dua, iaitu, takabur zahir dan takabur batin. Takabur zahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya.  Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah dari segi pangkat, kealiman, darjat atau keturunan daripadanya.
Adakalanya sifat ini dapat dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata ;
“Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia  menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar.”
Takabur batin pula ialah membesarkan diri di dalam hati.  Inilah maksiat di dalam hati yang dicela.  Dengan adanya rasa angkuh di dalam hati maka lahirlah kata-kata membangga diri.
Takabur terbahagi kepada tiga:  Takabur terhadap Tuhan, Takabur terhadap RasulNya dan takabur sesama manusia.  Takabur kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancamanNya dan memandang remeh segala syariat dan peraturanNya.  Takabur kepada Rasulullah ialah enggan mengikuti petunjuknya.  Takabur sesama manusia pula ialah merasakan diri mempunyai kelebihan berbanding orang lain dari segi pangkat, darjat atau keturunan, merasakan dirinya sentiasa benar dan memandang rendah kepada orang lain serta sukar menerima nasihat atau teguran.
Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini:
  1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.  Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
  2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
  3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim,  anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
  4. Jika kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
  5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya.  Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
  6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Oleh itu marilah kita cuba melawan sifat sombong ini dengan  bersifat tawadhuk atau merendah diri.  Sekiranya kita telah berjaya mengikis sifat sombong maka akan lahirlah sifat tawadhuk dalam diri kita, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

Tuesday, May 17, 2011

Amirel n Alvin(kucing bru msuk islam) mengucapkan selamat datang ke Blog kami berdua..:)
Assalammualaikum warahbatullahiwabarokatu :)